BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 19, 2012

Weekend 10/11

Iqy 4 months old :)
Salam,


Since last weekend , i wasn't really in my element . . whole body aching . . bad cough severe flu . . arghh i just hate flu . . even it was just a slight flu . Orang yang paling kesian sekali ialah Muhammad Aqeel Iqram . . . Dia pun selsema n batuk jugak . haa bukan jangkit dari mama dia ye . Mama Aqeel yang jangkit dari Aqeel . huhuhuhu . I think its because of the weather . You know the weather these days . tak menentu . kejab hujan kejab panas .   Lagipun sekarang memang musim batuk selsema kan . Kesian anak handsome mama yang bernama Aqeel tu , Sayu je hati mama dia ni tiap kali Aqeel batuk . . Risau tu tak yah nak cita lah . Tapi tape . Mama know that Mama's boy is strong boy . . . Batuk-Batuk sampai muntah pun , Still boleh tersenyum lebar lagi afterwards . Panic mama sekejab . Haish , Aqeel ni betol - betol buat mama risau tau . Hmm itulah kalau pegang title mother . 24/7 mesti asyik risaukan anak , lebih lagi jikalau anak tu sakit . Kalau diri sendiri yang sakit tak mengapa . tapi janganlah anak yang sakit . Merana jiwa dan raga . Patutlah syurga tu dibawah telapak kaki ibu . . . Dari dalam perut mengandungkan . . sampai lah lahir didunia , anak itu dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh . . Sikit pun tak bagi tumpah . . . hmm now i know what my mama use to felt . . . . aaaa mama , emy sayang mama tau huhuhuh

Thursday, March 15, 2012

Kebaikan Surah - Surah Di dalam al quran


Salam Readers, 

Sesuatu Untuk Dikongsi bersama :)

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

Wednesday, March 14, 2012

14 & 15 March 2012 dijangka akan ada gangguan bekalan air sekitar KL dan Selangor



"Ganguan bekalan air ini berikutan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu. sebanyak 153 kawasan di lima wilayah termasuk Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan terjejas pada tarikh berkenaan.kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang dan hospital juga dijangka terjejas. 

Syabas telah dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor bahawa pemberhentian sementara tugas loji rawatan berkenaan perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum kerja-kerja penambahbaikan pam air bersih dilaksanakan.
Waktu  gangguan bekalan air air di selangor dan KL  dijangka bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac dan akan berlarutan selama 36 jam sehingga pukul 8 malam 15 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kawasan yang terlibat dengan Gangguan bekalan air di selangor dan KL  14 dan 15 Mac 2012
di Hulu Selangor kawasan terlibat dengan Gangguan bekalan air ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.
Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.
Kawasan yang terlibat dengan Gangguan bekalan air di  Kuala Lumpurmelibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.
orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air  di selangor dan KL 14 dan 15 Mac 2012  tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252."

- Quoted dari Sumber2 yang boleh di percayai . . . ( ecceli dah tak ingat dari mana aku copu paste aritu . ngah ngah ngah . . .


PS - alamatnya mandi peluh jela . kalau tak pun mandi hujan , kalau hujan turun lah kan  ngeh ngeh ngeh . . . 

Wednesday, February 29, 2012

Mood Tak Baik


Hari ni mood tak baik . hangin betol aku dengan seorang hamba allah . atas sebab ape ? itu memang aku tidak akan bagi tahu . bahaya sebab silap hari bulan boleh masuk melodi . cukuplah sekadar aku meluahkan rase .  kalau ikut hati , jiwa dan raga aku ini , mau sahaja aku melenting . tetapi tadi mulut aku seperti tertutup rapat . malas hendak bertekak . mungkin kerana aku terpaksa menghormatinya disebabkan umur nya lebih tua dari aku ataupun aku sememangnya sudah mengetahui akan perangainya  itu . lagi dilayan lagi menjadi . ibarat curah minyak diatas api yang membara , sakit hati aku terpaksa ditahan agar tiada bermasam muka berlaku .. *sigh* terus hilang mood ceria aku . . 
Sabarlah wahai hati , sesungguhnya sabar itu separuh dari iman . . .

Haih sudahlah , kalau sakit hati lama – lama pun bukan boleh bawa ke mana- mana . abaikan . itulah jalan terbaik . lagipun  , biasala manusia . bukannya sempurna . pasti ade kekurangan . u can’t expect everyone to like you . even you have somebody that you don’t like . so deal with it . okay I think i'm fine now . got to go . chiaw



*smile like nothing happen ^___________________________________^ *

Monday, February 20, 2012

the Lontong keranggg

Sabtu lepas , aku balik umah ibunda ku kat subang jaya . macam biasalah , bila menjelma sahaja hari sabtu , sudah semestinya aku akan bangun sedikit lambat dalam pukul 630 pagi . Celik sahaja mata , Aku basuh muka dan terus solat subuh , pergi dapur buat secawan horlick dan kemudian start my pump session . tetibe je kedengaran suara mama yang sangat happy . 

mama : emymymymyyy , selamat pagi sayangkuuu . . kamu buat apa tuu ? aqeel mama ?
me : tengah pump , cucu mama tido lagi , nape ma ?
mama: jom breakfast 
me: jom , mama nak makan apa . emy masak .
mama: tamau , mama nak makan lontong kat serdang *tersenyum sangat lebarr* jomlaaa . dekat jee , tak jauh pun..
me: serdang? ? ? makk aih , jauhnyee maa , takde ke tempat lagi dekat ma ?
mama :*tersenyum lebarr* tak laaaa , tak jauh pun , , biar mama drive , kamu tatau jalan . lagipun lontong die sedap my , sekali makan mesti nak lagi . jom laa , boleh bawak aqeel jalan- jalan . siann die duduk je kat rumah . * tersenyum lebar lagi *
me : hmm tak jauh kan? hmm okey la 
mama : takk dekat jeeee

Pagi tu , aku terasa malas sangat- sangat nak jalan jauh-jauh . tapi disebabkan desakan mama yang irresistible tu . so aku pun pergi jugakla ngan mama . . . jalan punya jalan . . mama masuk federal highway , terus ke arah meru . dalam hati cam " eh serdang bukan the other way around ke ? tapi cam malas la komen lebih . ikutkan aje . leka melayan kerenah anak kesayangan aku tu , tau - tau je dah sampai . "kg sg serdang" . 

me : lerrr , mama ni bukan serdang , ni kampg sg serdang , kapar ,  klang 
mama : hehe ala sama la tu 
me : sabo je la den * sikit la punya "dekat" . nak dekat 45minit jugak la nak sampai situ * sigh , layan je . sayang mak punya pasal . hehe

pastu , mama pun orderkan . KAK, LONTONG KERANG 2 , MILO PANAS SATU , NESCAFE KAW LEBIH SUSU SATU . . . dalam hati cam aik ade ke orang makan lontong ngan sambal kerang , sambal biasa ada la huhu heh nampak sangat cam orang jakun kan , itu pun tak pernah try ;P 

tak sampai 5 minit , makanan pun sampai . . . uihh , besarr portion die . cam tak habiss je . ni due orang pun boleh makan ni . huhuhu  aku pun makan la , masuk je sudu pertama dalam mulut , hmmm sedapppppp! serioussslyy ! sangat-sangat sedap ! ! 20 mint later , licin! haha kekonon je tak habis kan ;p

Let me explain sket rase die camne kat korang . kuah die  rase manis udang lemak + pedas , pastu kuah die pekat , sambal kerang die cukup rase masin pedas , kerang die pun manis . makan pulak dengan nasi lontong yang di masak  (balut) dengan daun pisang 
(rasenya die masak cam style masak lemang kot ) . Bile masuk je mulut tu cam lembut je. tak yah susah- susah nak beria gigit pun . . .wahhh ! memang TERBAIKK lahh . THE BEST IN THE WORLD . lontong yang paling sedappp pernah aku rase . n the price is only rm3 .  tetibe rase cam tak nak balik . haha ( aku kan pencinta makanan , tu yang tak ley nak kurus , asekk makan je kejenya huhu )

patutla mama sanggup datang jauh- jauh semata2 nak makan lontong kat sini . . . punya la suke lontong tu , sampai 4 BUNGKUS aku tapau bawak balik rumah *lol*  ( tulaa tadi kemain sombong kunon taknak gi kan ? haha )



is'nt it marvelous ? rase die lagi marvelous tawww . heh :)





Friday, February 17, 2012

Alasanku Asalanku Berblog

Oh my. Gilaa lama tak update blog ni kan.  Its like sebulan sekali . . itu pun kalau untung perasaan nak berblog tu dtg sebulan sekali . heh . silap hari bulan setahun sekali pun belum tentu mood tu datang . . Actually, blogging is not really my thing . . well i do love to write but when ever aku terpikir je yang orang lain akan membaca coretan aku yang entah apa-apa ni . . . mulala aku rase tak keruan dan terus lost . tatau nak tulis apa . itu yang kejab tenggelam kejab timbul  . . but today . . mood berblogging tu datang balik . entah mengapa , aku pun tak pasti . . . Bukannya ada topic tententu pun yang hendak dibicarakan . . mungkin jari jemari ku ini sekadar mahu meanaip . tak kira apa jua isi kandungan nnya nanti . . . 


Asal usul keinginan aku untuk menulis sebenarnya hadir sejak aku umur 6 tahun . . diketika itu , rasenya yang dengan tulisan aku mampu untuk luahkan segalanya . . wah sadis nya ayat  . . macam la tak de orang nak ku luahkan perasaan kan? well its just the way i am.. i love to keep most of the things between me n my diary . Yup , Diary . .  berpuluh2 diary aku ada sejak 6 tahun . bila baca balik rase kelakar la pulak . merapu merapan aku kat dalam tu . Cara penulisan dan bahasa yang pelbagai bahasa . . mmg klaka habis la bila dibaca kembali terutama sekali when you read it out load . hahahaha . can u imagine it ?


Then, tak lama lepas tu Bila dunia berblog kian popular . . Orang- orang yang cukup mengenali ku sibuk suruh aku berblog . . tulisanku ada "isi" katanya . (yeahhh righttt ! Korang saje nak amik hati aku kan kan kan kan ? Padahal dalam hati dok kutuk haku katoo macam2 kan! tak lahh , aku tau korang ikhlas . chewah  hehehehe) Even begitu banyak desakan orang- orang yang aku rapat dan sayang . . aku still macam malas sangat nak buat . plus aku terfkir " ade ke orang nak baca ? i mean who am i to get that much attention " (lame right ? ? haha) yeaahh , so i didnt do it . . . Until i got married then got pregnant . . i was 7/8 month pregnant rasanya time tu . . haa this is when i had this very strong vibe to just go for it . . Create a blog to fill in all my crappy stories . .  pastu TADAAA , wujudla blog cikJLC nieh  . . . ^_^


Thereforeee , pasni mungkin , like i said MUNGKIN korang notice aku akan selalu berblog . . . ahh tak kisah la merapu rapu lah . as long as i'm happy *peace*


p/s :I use to think it was the baby that made me do as such . sebab yelah slalu kan orang selalu cakap , time mengandung ni macam - macam . tapi till today , baby pun dah 6 months old ,  the passion is still there . or maybe aku jadi ikut ikutan daripada time aku ngandung tuh . ntah la . .  maybe i should just go with it right ? RIGHT ? yes i wil ! ^_^

Monday, January 9, 2012

Mulanya 2012


Wow tau2 je da 2012 . nampak sangat terlampau busy sampai da minggu ke 2 dalam tahun ni pun baru nak terhegeh- hegeh nak update blog kan? (padahal tahun lepas pun memang jarang- jarang pun update blogggg . . tettt! ) haha okey bila menjelma sahaja tahun baru adalah perkara yang wajib untuk menanam azam- azam baru untuk dilaksanakan bukan? jadi ,  azam tahun baru aku untuk tahun 2012 adalah 


firstly ,  to be the best mother untuk baby akyl . . . (apa saja untuk mu anakku ;) eceh ! )


secondly , nak dapat berat badan time sebelum kawin - 55kg . mesti orang tanya . . kenapa nak berat badan sebelum kawin . . kenapa tak time anak dara ke kan ? time sekolah2 dulu ke kan ? atau time tadika ke ? ( eh eh over lak nak berat dan cam time tadika kan. . haha ) sebabbbb aku ni , time anak dara gemuk . . berat nak dekat 70 kg . .  haaaa , caya  tak ? haha bile nak kawin barulaaaaa terhegeh - hegeh nak exercise . . berjaya la jugak turun kan sampai 55kg . kurang daripada tu tak boleh sebabbbb ramai bising kata macam jerangkung especially my mum n my elder sista . . yes yes . . i know . its all because they love me soo much . Lagipun ,  nanti pakai kebaya tak cantik pulak kan . eceh ! perasan betul aku ni . current weight - 59kg ( eishh gemuk betol kan? huhu)  weight time preggy - 81kg  dulu . . so , tinggal lagi 5 kg je . huhu ( boleh ke aku ni? ? boleh , boleh . . mesti boleh punya ^_^) 


Third , mengasah skill memasakku yang tak pernah-pernah nak tajam tu . . . dannnnnn . . . 


last sekali is try very hard not to get pregnant again this year . . .  ngeh ngeh ngeh . .  kejam tak bunyi ? ?  . . hahaa! adeh bukan apa . .kesian kat anak aku sorang tu . belum puas bermanja lagi ngan mama  n ayah dia takkan dahh nakk dapat adik  kannn. .  tak ke sedih dia nanti ? ececehhhhh padahal mama dia yang cuak sebab takut takley handle anak kecil yang ramai . . hahahaah haishhh ! takde lah . . .kalau boleh janganla dulu sebab bialah si abang besar sikit . . . nanti boleh la tolong mama dia jaga adikkk . . . kan akyl kan ? hihi tapi kan kalau  TERRRR dapatt adik jugakk utk akylll . . . apa kan daya ku untuk menolak . . . itu rezeki namanya . . betull takk ? ?  dan orang selalu akan kata . . . tak baikkk kalauuu rezeki itu di tolakkk kan kan kan? heeee  :)))))))))))


okey enough form me , amboihh . . . intro bukan main panjang lagi . . . The real reason to have this entry to be posted is to wish everybody who read my blog a HAPPY NEW YEAR  . May this up coming year brings you full joy and happiness . . 


Annndddd , To the  people I love and others who hate me . .to all who lead me and mislead me..to all who care and those who cheated me . . . Happy new year to all! Please Continue being yourself because I get to learn a lot from each one on you . . .  peacee


#lotsahugsnkisses#

Wednesday, November 23, 2011

19.11.2011(sorry baruu nak post)

Berlangsungnya perkhawinan seorang bekas rakan persekolahan sewaktu di sekolah menengah ketika dahulu . . . Tahniah , tahniah , dan tahniahh Puan Kamariah dan suaminya En Doni . Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan perolehi anak - anak comel yang banyak . Aminnn ^_________^










the bride Puan Kamariah

iebue , idoi , me & bby akyl , the bride puan kama and fazlin

june & lin :)

kene pengang camni sebab die sangat "baik & duduk diam je"

anak mama yg tomot

nape akyl wat muke camtuu ? boring eh ? hihi

Lama sangat tak jumpe bebudak ni . . .  rinduu :))

mama , ayah & bby akyl



Thursday, November 10, 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Salam and good mournin afternoon semua , 


check out my blog this morning . . then all the sudden i notice i've been invite/ tagged to join this contest . . . wahhh menarik ni . . . kebetulan sedang - sedang keboringan diri di ofis . . . ketambahan pula kemalasan yang terlampau untuk menyiapkan kerja2 yang berlambak itu . . jadi , aku pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa untuk  mengambil bahagian . . . tapi tarikh tutup die hari ni . . 11/11/11 . . alah hentam sajalah . kalau tuan blog rase aku still berpeluang untuk menyertai contest ni . . mesti die terima . . kalau tak , nak buat macam mana kan . takde rezeki la tu jawabnya . . . huhu  ( maafkan grammar BM ku yang terukss itu huhu )


okay , kembali kepada topik yang asal . .  di bawah ini adalah link penganjur yang menganjur contest ni. . .




mamaemacyg



So, below is the picture that i wanted to submit . . . isn't he adorable ? ? alah ,  semua mak pun akan cakap anak die sendiri adorable kan ? hik hik


^_____^



Nama : Muhammad Aqeel Iqram bin Mohd Afiq
Umur : 3 bulan 
Nama ibu : Emy Johana Johari
Nama Bapa : Mohd Afiq Ramli

Tagged frens : 
1) izati
2) kak ayu

Sorry korang , pakai tag je ni . sebab anak2 korang pun comel2 belaka . bila tengok gambar anak korang geram je nak picit - picit tapi tak sure la korang sempat ke tak join contest ni . . Cik JLC pun last minit baru nak join ni . . hohohohh :p

Harap2 tuan penganjur terimalah aku punya penyertaan ni . . tarikh tutup hari ni .. hari ni la baru sibuk nak apply kan ? hihi rasenya tuan blog tak kisah kot . . kan? kan? hihi

Tuesday, November 1, 2011

Dinner w ♥

FAMILY DAY OUT ^_^ ^_^

We went for a family dinner last two days and it was a BLAST . . .  we had so much fun especially my baby akyl . . .  well , thats all can i say .  .  . oke . bai  ;p


with olol sayang :)

ngan olol lagi .. huhu

my beloved sista knis


baby akyl - suke sgt main jari die sekarang hehe



ni keje ayah die. sian la budak tu . dah nampak macam ape ntah

sedaya upaya nak angkat kepala die hihi

baby akyl - this cap is too big for me la ayah 





p/s : ikut muke mama ke ikut muka ayah baby akyl ni ? ?